menjelajah dengan semangat yeah

solat tahajjud

assalamualaikum...hangpa buat malam ni???ha awat tak tidoq lagi arhh 
dibulan puasa yang mulia ni....ok dah dekat nak  spm ni
cikgu nasihat perbanyakkan solat sunat thanks cikgu muahhaaaa sikit>>>
salah satunya ialah solat tahajud solat yang paling berkesan doa nya share sikit
(bukan nak belagak atau ape tah tak tahu nak cakap ape maksud nya)pose sikit:

  

Cara mendirikan Solat Tahajjud

Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam. Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat tetapi dilakukan secara berterusan setiap malam.

1.  Sebelum mengerjakan solat Tahajjud baca doa berikut

2.  Niat solat Tahajjud:
(Ushalli sunnatat tahajjudi rak’ataini Lillahi ta’ala)
Daku menunaikan solat Sunat Tahajjud dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.
3.  Surah selepas Al-Fatihah:
a,      Rakaat pertama:    Ayat Al-Kursi  (7 kali)
Rakaat kedua:    Surah Al-Ikhlas  (11 kali)
Atau;
b.       Rakaat pertama:    Ayat Al-Kaafirun
Rakaat kedua:    Surah Al-Ikhlas
c.     Rasulullah SAW membaca 10 ayat terakhir, surah Al-Imran, pada solat Tahajjudnya.
4. Selepas membaca tasbih pada sujud kedua dalam rakaat terakhir, bacalah doa berikut 3 kali:

5.  Selesai salam solat Tahajud, bacalah doa yang pernah dibaca oleh Rasulullah SAW ini:

6.  Doa Solat Sunat Tahajjud

*kelebihan solat sunat tu...

          KELEBIHAN  SOLAT TAHAJJUD

    1. Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.
    2. Doa dimakbulkan Allah.
    3. Memperolehi ketenangan jiwa.
    4. Merasai diri hampir kepada Allah SWT.
    5. Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.
    6. Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
    7. Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
    8. Mencegah dosa dan menghindari  penyakit.
    9. Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
    10. Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
    11. Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
    12. Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
    13. Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
    14. Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.
    15. Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
    16. Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
    17. Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.
    18. Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim.
sekian..........yo sharing is caring knozzzz..
 *hanya untuk dikongsi supaya dapat diamal oleh kita..alhamdullilah
*mood malam buta lupa daratan nak tido~~~boi

No comments:

Post a Comment