LUAHAN PUISI BUAT INSAN KESAYANGANKU
Bukan Sayang
Bukan ini yang ku minta..
Tapi kerana kekhilafan dahulu membuatkan aku menghadapinya
Kerana mengikut kata nafsu ini balasannya
Tidak aku melupakanmu..
Namun ketika itu kau belum hadir menghias taman hatiku
Bukan Emak
Bukan ini yang ku minta..
Tapi kerana selalu ingkar mendengar katamu..
Terlalu mengikut kata hati dan tidak menturuti apa yang engkau fikirkan baik untukku..
Lantas aku menjadi anak derhaka..
Tapi dalam diri yang sedang tersungkur engkau tega memaut tanganku
Engkau papah ku menuju jalan redhamu..
Bukan Ayah
Bukan ini yang ku minta..
Tapi kerana kerap benar merasa diriku benar..
Ego ku padamu mengatasi kesedaranku atas rasa kasih mu
Namun dalam kerterbatasan masa ini,
Engkau sayu memandang wajahku dan tanpa ku sedar
Tanganmu sentiasa memanjat doa pada Allah supaya anakmu ini tabah dan kuat..
Walau wajahmu sering mengundang ketidakfahamanku..
Bukan Adik
Bukan ini yang ku minta..
Patut aku menjadi teladan bagi kalian
Namun kalian tetap mengkagumi diriku seolah-olah tiada langsung kekhilafan ini
Tidak kalian langsung memandang burukku
Yang ku lihat setiap hari kalian mengingati ku dan memuji diriku
Sedang aku malu memandang muka kalian
Tapi kalian sering mengangkat wajahku dan mencium pipiku..
Bukan Dunia..
Bukan ini yang ku minta..
Namun ku minta engkau memahami.. semua ini tidak ku minta..
Ya Allah
Bukan ini yang ku minta..
Tapi Engkau selayak layaknya tahu apa yang terbaik untukku
Dan akhirnya aku menerima pemberianMu
Kerana ku tahu ini takdir yang ku pinta..
kekadang kehidupan bukan mahu harta dan sebagainya sebagai kayu ukur sayang terhadap seseorang tetapi
cara layanan dan kasih sayang yang perlu diperlu diutamakan walau hidop sederhana tapi berasa cukup..
(cewah selalu aku tak pandai berayat hari pulak mood happy sedih)
sekian.....hargai orang tersayang mak ayah adik beradik sedara mara makcik pakcik
![]() |
alooolo.yolo comel ye.. |
blh tukar jd lagu ni.hehe
ReplyDeletehah ye ke..kakak oi
ReplyDeleteselamat datang mybelog yang yang tak cantik ni.okeh
ReplyDeleteajak ramai-ramai lagi bagus..hah